MORFOLOGI DAN SINTAKSIS

MORFOLOGI DAN SINTAKSIS

Sunday, August 22, 2010







 
PENGENALAN MORFOLOGI

1. TAKRIF MORFOLOGI
Menurut Abdullah Hassan,Morfologi, 2006 :
Morfologi merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan.

Menurut Nik Safia Karim, Tatabahasa Dewan, 1994 :
Morfologi merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan ayat.

2. UNSUR-UNSUR MORFOLOGI
a. Secara umumnya, setiap struktur terbina dari unsur-unsur yang
    lebih kecil.
b. Struktur bahasa juga mempunyai unsurnya yang dicantum agar
    menjadi satu perkataan.
c. Kajian struktur perkataan dipanggil Morfologi manakala  
    kajian mengenai binaan ayat pula dipanggil Sintaksis.
d. Ada 2 unsur yang terlibat dalam membina perkataan iaitu
    Morfem dan Kata.
MORFEM :-
-   Morfem ialah unit bahasa yang terkecil yang mempunyai  
    makna dan fungsi bahasa.
-   Antara unsur-unsur bahasa seperti ber-, ter-, ke-, me-, -nya, -kah,
    -lah, -pun, -an tidak boleh diperkecilkan lagi namun mempunyai
    fungsi seandainya digabungkan dengan perkataan lain seperti
    bertanya, memaafkan.
-   Morfem boleh bersifat bebas dan terikat. Morfem bebas ialah
    yang dapat wujud bersendirian. Sebaliknya morfem terikat pula
    ialah mofem yang hanya wujud bersama-sama morfem yang lain.
    Contohnya, perkataan sekolah dan laut ialah morfem bebas,   
    tetapi imbuhan ber- dalam bersekolah dan an dalam lautan ialah
    morfem-morfem terikat, oleh sebab unit-unt itu tidak boleh wujud
    tanpa kata dasar.
-   Oleh yang demikian, unsur-unsur di atas merupakan morfem.
KATA :-
-  Perkataan ialan bentuk bahasa yang terkecil juga, tetapi 
   mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri
   sendiri dalam ayat.
-  Unsur-unsur lain seperti rumah, kereta, pokok, udara,   
    jalan dan duduk tidak boleh diperkecilkan lagi kerana
    ianya tidak akan memberi makna.
-  Jika kata itu tidak boleh diperkecilkan lagi dan akan 
   menjadi tidak bermakna maka
   perkataan itu juga adalah unit yang terkecil dan morfem.
-  Kata juga merupakan unsur morfologi yang digunakan  
   untuk membentuk perkataan lain.
-  Sesuatu perkataan itu dibentuk daripada satu morfem atau
   lebih. Perkataan ajar, terdiri daripada satu morfem tetapi
   perkataan mengajar pula mengandungi dua morfem, iaitu
   meng- dan ajar. Ada perkataan yang mengandungi tiga    
   morfem, misalnya ber + kaki  + kan.

3. TEORI PEMBENTUKAN KATA
a.  Proses pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata  
     itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan
     ujaran dalam sesuatu bahasa.
b.  Terdapat beberapa bentuk perkataan seperti :
     -  Perkataan tunggal seperti satu, baik, sekolah dan pajabat.
     -  Perkataan terbentuk hasil proses pengimbuhan seperti  
        berkawan, terjunam, dan disarankan.
    -  Perkataan terbentuk hasil pemajmukan dan penggandaan
        seperti buku tulis, gambar rajah, bahan, bukit-bukau dan 
        bantu- membantu.
        
4. PROSES PEMBENTUKAN KATA
i. pengimbuhan
ii. penggandaan
iii. pemajmukan

PENGENALAN SINTAKSIS

1. TAKRIF SINTAKSIS
Menurut Nik Safia Karim, Tatabahasa Dewan, 1994 :
Sintaksis merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, sktuktur dan binaan atau konstruksi ayat.

Sintaksis juga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan
perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam
 sesuatu bahasa.

2. ASPEK-ASPEK SINTAKSIS
a. Unsur utama ayat yang terdiri daripada kata, frasa, klausa dan  
    aspek pembinaannya
b. Jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat 
    seruan
c. Ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif
d. Susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang
e. Binaan ayat:
    - ayat dasar
    - ayat tunggal
    - ayat terbitan atau ayat majmuk
f . Proses penerbitan ayat:
    -.konsep ayat terbitan
    - proses pengguguran
    - proses penyusunan semula
    - proses peluasan
g. Aspek tanda baca

3. UNSUR-UNSUR SINTAKSIS
a. AYAT  
- Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit  
   yang membentuk ayat.
   Contohnya: Ahmad sedang membuat kerja rumah.
- Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu
   (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii)  membuat  kerja rumah.
- Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang 
   membentuk klausa atau ayat Bahasa Melayu. Subjek dan prediket
   pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN),
   frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
- Unsur utama ayat yang terdiri daripada kata, frasa, klausa dan  
   aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat.
b. FRASA  
- Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada  
   sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada
   satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua  
   perkataan atau lebih.
- Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.
- Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, 
   FK, FA dan FS
c. KLAUSA
- Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi 
   subjek dan predikat, yang menjadi konstituen kepada ayat.
- Klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa 
   tidak bebas.
- Klausa bebas ialah klausa yang boleh berdiri sendiri dan boleh 
   bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi
   yang sempurna.